tanpa ada rasa peduli
pergi terus membawa diri
aku pulang dan aku pergi
tanpa ada rasa peduli
walaupun ada yang cuba mengerti
Aku tekad dalam diri dan hati
kerana letaknya harga diri
tanpa ada rasa peduli
biar hingga kini terus sendiri
Teman,
ucapmu kekal di akal dan hati
peluang hanya ada sekali
Yang baik datang dari Illahi
Yang buruk dari diri sendiri
Tuhan,
Pada Mu ku pohon doa suci
sebelum aku kembali kedunia azali
ampuni hamba Mu ini
aku tidak ingin terus menyesali
pada semua ujian Illahi
Hulurkan kasih suci Mu
buat aku yang mula mengerti diri sendiri.