Wednesday, December 8, 2010

SaHaBaT YanG KuaT











Walaupun aku tak mampu memahamimu
Tapi, aku mampu mendengar keluh kesahmu
Sabarlah.......barangkali itu terbaik untukmu
Berfikirlah masih banyak teman disampingmu



Cinta.......
Memang kadangkala berakhir dengan manis
Tapi, tak sedikit yang berakhir pahit empedu
Hanya orang pilihan yang mampu

Jangan engkau menjerit hanya kerana terjerat
Jangan engkau menangis hanya kerana si dengis
Jangan engkau bersedih hanya kerana cinta terputus

Percayalah Tuhan masih menyayangimu
Tuhan masih bersamamu
Tuhan akan selalu menolongmu
Tuhan akan menumbuhkan yang lain untukmu
Jangan engkau bersedih lagi sahabatku
Masih banyak yang menunggu
Senyum indahmu.......


*Nabi pernah bersabda, "Janganlah engkau terlalu mencintai seseorang, barang kali suatu saat engkau akan membencinya. jangan pula engkau terlalu membenci seseorang , mungkin suatu saat engkau akan menyayangi dan mencintainya, sesuatu yang baik adalah yang sedang-sedang saja".