Wednesday, January 19, 2011

ibu

Bila dahaga, yang susukan kita…..ibu

Bila lapar, yang suapkan kita….ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di samping.. ..ibu
Kata mak, perkataan pertama yang kita sebut….ibu
Bila bangun tidur, kita cari….ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ….ibu
Bila nak bermanja, kita dekati….ibu
Bila nak bergesel, kita duduk sebelah….ibu
Bila sedih, yang boleh memujuk hanya….ibu
Bila nakal, yang memarahi….ibu
Bila merajuk, yang memujuk cuma….ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….ibu
Bila takut, yang tenangkan kita…..ibu
Bila nak peluk, yang kita suka peluk….ibu

Kita selalu teringatkan ….ibu
Bila sedih, kita mesti telipon….ibu
Bila seronok, orang pertama kita nak beritahu…..ibu
Bila bengang.. kita suka luah pada..ibu
Bila takut, kita selalu panggil… 'ibuuuu'
Bila sakit, orang paling risau adalah….ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..ibu
Bila buat hal, yang marah kita dulu….ibu
Bila ada masalah, yang paling risau…. ibu

Yang masih peluk dan cium kita sampai hari ni.... ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran…..ibu
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang….ibu
Yang selalu berleter…ibu
Yang selalu puji….ibu
Yang selalu nasihat kita….ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama kita tunjuk dan rujuk….ibu

Kita ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, kita cari…….pasangan
Bila sedih,  cari……ibu
Bila berjaya,  ceritakan pada….pasangan
Bila gagal, ceritakan pada….ibu
Bila bahagia, peluk erat….pasangan
Bila berduka,  peluk erat….ibu
Bila nak bercuti, kita bawa….pasangan
Bila sibuk, hantar anak ke rumah…..ibu
Bila sambut anniversary … kita bagi hadiah pada pasangan
Bila sambut hari ibu…kita cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”...

Selalu... kita ingat pasangan
Selalu... mak ingat kat kita
Selalu… kita akan telipon pasangan
Entah bila… kita nak telifon mak
Selalu…. belikan hadiah untuk pasangan
Entah bila… kita nak belikan hadiah untuk mak...

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……