Thursday, January 6, 2011

PERCUMA TETAPI BERHARGA

Wahai manusia fikirlah sebentar

Tenangkan minda tenangkan diri
Cuba kita renungi ini
Percuma dari ALLAH tetapi berharga


Udara
Keperluan semua Makhluk di bumi
Diberi percuma kepada mereka
Tetapi sedikit sahaja yang bersyukur
Kepada ALLAH

Hujan
Juga amat berharga
Diberi percuma kepada makhluk
Menumbuhkan tumbuhan
Keperluan pelbagai haiwan
Keperluan manusia
Banyak keperluannya

Tanah juga diberi percuma
Banyak kegunaan kepada manusia
Bercucuk tanam pelbagai tanaman
Untuk dijadikan makan manusia
Tanah yang di beri percuma oleh ALLAH
Mengeluarkan barang berharga
Emas
Perak
Intan berlian
Minyak
ALLAH tidak minta balas
Cuma taat dan taqwa
Itu sahaja yang dipinta

Tidak terusik kalau derhaka
Yang rugi cuma manusia

Matahari dan bulan adalah pasangan
Tetapi tidak pernah bertemu
Diberi percuma oleh ILAHI
Untuk keperluan manusia
Untuk keperluan tumbuhan
Untuk keperluan haiwan

Tumbuhan bertasbih dan bersyukur
Haiwan berytasbih dan bersyukur
Manusia sedikit sahaja yang bersyukur
Hairan kan???
Yang ada akal tak pakai
Yang tak berakal ada kelebihan

Wahai manusia fikirlah sebentar
Percuma dari ALLAH tapi berharga